1. Pengertian Puasa
Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang
hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya
matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah
menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang
perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta
mengharapkan limpah kurnia-Nya.
Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai
orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan
atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
2.
Hikmah dan Faedah Puasa
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesehatan jasmani dan rohani.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu
kamu akan sehat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut
besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punya segala
penyakit."
Selain daripada itu, puasa juga mempunyai
hikmah dan faedah seperti:
a.
Tanda
bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
b.
Mendidik
nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah
menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah
yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah
s.w.t.
c.
Melatih
dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang
yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
d. Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti
tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
e.
Mendidik
jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran
dalam menempuh perjuangan hidup
f.
Memperolehi
kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang
yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka
selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat
yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar